Sabtu, 3 Januari 2009

setakat mane korang paham tentang mereka.

abah
seorang yang baik hati...lagi2..
time aku xda duit..
dia orang ptama yang akan aku 'pau'..hehe..
walaupun dia pesara krajaan dan berpendapatan rendah..
tapi dia sedaya upaya akan tunaikan apa yang aku hajatkan.
selagi dia mampu..
kalau boleh dia xnak aku kempunan...ditambah lagi dengan ayat power dari mulut aku..
lagi cepat barang yang aku hajatkan tu dapat..
hinggakan semua adik bradik aku jeles dengan aku..kah3..
padan muka hang pa!
dulu abah garang tapi apabila umo meningkat dia da kurang marah2..
mungkin anak2 da besar kot..malas nak marah lagi..
penah mase kecik2 dl,aku mintak bateri kereta TAMIYA mase abah baru balik dari pasar..
tapi malangny penampar maut yang aku dapat..
adoi!!padan muka aku.
semakin hari smakin aku faham tentang diri abah lagi2 da meningkat dewasa ni kan..
abah pesan,ko blaja rajin2 nnti da besa senang..abah tumpang senang je.
aku ingat pesan abah smpai bila2..
abah hero aku dulu,kini dan selamanya.
hidup abah!!!



emak,
macam ibu2 diluar sana kuat bleter dan marah2 tapi tapi sebenarny dia syg kami..
marah tanda sayang,betul x??
klu bukan mak,sape lagi nak marah aku..haha..
mak ni kuat agama skit..dia banyak beri didikan agama kepada kami adik bradik.
setiap kali aku telefon mak[mase berada di polimas]
soalan terakhir yang dia tanya,ko dah sembahyang belom?
aku ingat dia nak tanya, ko nak mak bank in duit berapa ratus?
baru syok nak jawab..hehe..
tapi xpa..da memang tanggungjawab aku sebagai seorang muslim dirikan solat..
bila aku tanya mak dia sayang aku x..
jawapan dia sempoi je..ni mesti nak habiskan duit aku ni!
berkecai hati aku bak kaca yang pecah seribu bila mak jawab macam tu.cewah!
aku punya la ikhlas tanya soalan tu..dia boleh jawab macam tu..
ermm...memang sempoi.solid ar mak!
aku tau mak segan nak jawab..tapi xpa mak.
apit faham[panggilan aku kat rumah]
nanti bila mak dah xsegan
mak cakap kat apit k..
bisik2 pun xpa..haha..
apit nak cakap kat mak..
i love u mak!!weee...=)

kalau nak cerita tentang mak bapak aku sampai esok pun x habis..
sebelum korang naik bosan bace blog aku ni baik aku undur diri..
k wasalam.