Isnin, 2 Februari 2009

masih misteri

dari saat ke saat ku tunggu,
dari minit ke minit ku tunggu,
dari jam ke jam ku tunggu,
dari hari ke hari ku tunggu,
dari minggu ke minggu ku tunggu,
masih belum ada jawapan,
ke mana ia,
masih menjadi tanda tanya,
janji masih belum ditunaikan,
dapat madu sepah dibuang

apa semua ini?
yang ku mahu hanya satu,
tidak sukar untuk ditunaikan,
kehidupan ku tidak tenteram,
mandi tak basah,
tidur tak lena,
makan tak kenyang,
tolong...tolong...
tolonglah aku.


ptptn oh ptptn,
bila mahu masuk?,
aku ketandusan wang ringgit,
ku tak sanggup berselerakan maggi kari lagi,
telur goreng hancur,
yang ku idamkan nasi goreng pattaya,
ice blended tanah merah,
ku yakin sahabat-sahabatku juga mengidamkan yang sama.

yang ku mampu lakukan,
sabar...sabar...dan terus bersabar,
tapi sampai bila?
palat betul!